Sunday, 4 December 2011

makanan rohani. :)

assalamualaikum.
moga dalam rahmat ALLAH sentiasa. :)

alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk hidup pada saat ini.
ada insan yang pemergiannya dalam keadaan terkejut. dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka.
harapannya supaya pemergian kita kembali kepada ALLAH dalam keredhaan ibubapa kita dan sekiranya telah bersuami, dia redha dgn pemergian kita.

alhamdulillah sekali lagi. diberi keizinan oleh ALLAH S.W.T untuk menghadiri banyak majlis ilmu. pelbagai ilmu yang diperoleh. walau tidak sepenuhnya, sedikit pun jadi lah. insya ALLAH dapat dipraktikkan. kebaikan yang sedikit itu jikalau berterusan dilakukan adalah lebih baik jika dibandingkan dgn ibadah yang hebat tetapi jarang-jarang.

1. recipee of woman: sikap positif penentu kejayaan.

ustazah yang berkongsi ilmu ini seorang pensyarah dari Fakulti Farmasi, Dr Wan Iryani. beliau banyak ceritakan mengenai pengalamannya ketika berada di negeri orang. walaupun hanya sekejap berada di tempat orang, tapi banyak hikmah yang beliau belajar. orang yang terang hati kan, sekecil-kecil perkara pun masih mampu mensandarkan pada ALLAH YANG MAHA BESAR. ada satu kisah daripada beliau, 3 minggu yang lepas, Dr Wan Iryani menghadiri konferens pharmacology di mexico. beliau ditakdirkan bertemu dgn seorang ahli farmasi wanita dari China. kata wanita itu, kalau diikutkan saya tidak berada di sini pada hari ini dan tidak akan bertemu dengan awak dan berbual dgn awk ketika ini. wanita itu bercerita pada Dr Wan Iryani. semasa dalam tempoh mengandung, dia mendapati wujud tomor dalam rahimnya yang mana bakal memudaratkan kesihatannya dan anaknya. atas dasar cinta dan sayang yg tidak berbelah bagi, dia nekad untuk melahirkan zuriatnya. pada tempoh mengalami kontraksi, pakar perbidanannya menyarankan dia untuk diberi suntikan ubat untuk menyelamatkan dirinya. namun, dia menolak atas alasan dia ingin menyusukan anaknya. jika dia tidak menerima suntikan itu, badannya akan lemah dan tidak akan mampu bergerak, malah memerlukan masa setahun untuk pulih sepenuhnya. wanita itu berani mengambil risiko. dia melahirkan anaknya secara normal tanpa pembedahan. dan dia berjaya pulih dalam masa sebulan sahaja.
MAHA SUCI ALLAH yang menjadikan sesuatu. begitu hebat kuasa ALLAH.
(erm, anis xpasti kalau ahli farmasi itu memeluk Islam atau tak, tapi begitulah hebatnya kuasa ALLAH kan?? :))
itulah pentingnya untuk kita yakin dan bersikap optimis dgn ALLAH.

2. recipee of woman: kesedaran membawa kesejahteraan hidup.

ustazah yang berkongsi ilmu ni seorang pensyarah dari Unit Kefahaman Islam(CTU), Ustazah Shuhaida.
soalan pertama drpd beliau untuk kami:

adakah anda lebih baik daripada hari semalam?

pada mulanya agak teragak-agak juga nak mengaku untuk berkata ya. tetapi setiap perkataan kan doa, insyaALLAH lebih baik daripada semalam. jika hari ini baik, esok menjadi lebih baik. :)
as a muslim, we need to improve ourselves. let say, today we r getting up at 6.15 am. so, for tomorrow, try to get up earlier, even a minute earlier, it still an improvement. :)
dan di akhir perkongsian ilmu ustazah, beliau menekankan betapa perlunya pergantungan terhadap ALLAH S.W.T...  we need to have faith in ALLAH. beriman kepada ALLAH, rukun iman yang pertama. :)

petang tuh, ada kelas BEL311. with mr Mohd Hanis Yahya. he said, if we not try to change ourselves to be a better person, who will do that?? the main is ourselves. improvement begins with I. quite inspiring qoute. :)

#ada satu lagi majlis ilmu. daurah tafsir surah an-naas dan surah al-falaq. mmg surah yang pendek, namun luas maksudnya. erm, anis citer dalam entry yang seterusnya yer? :)

# hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. surah Al-Fatihah : ayat 5. (mari hayati, fahami dan beramal dengannya. :) )

saya hanya hamba yang mencari keredhaan Tuhan saya. ^^  

No comments:

Post a Comment