Thursday, 24 November 2011

rindu.rindu.rindu.

assalamualaikum.
moga dalam rahmat ALLAH S.W.T.  sentiasa. :)

rindu sangat-sangat. pada siapa?
pada kawan-kawan. serius!

semalam ada seorang sahabat hantar mesej dan menyatakan kerinduannya yang tak terhingga. katanya, jika tiada rezeki kita bertemu lagi di dunia, harapnya syurga ALLAH yang bakal didiami hamba-hambaNYA yang soleh dan solehah itu menjadi tempat pertemuan kita nanti. :')
buat sahabat: NUR AZNEEN HANIS BINTI APILI., i miss you so much. wishing you all the best for your future undertakings. our friendship remains abadan abada.
(i would like to post her picture, but we never take picture together.sedih la pulak)

siapa yang tak rindu alam persekolahan kan? nak2 lagi, sekolah menengah.











bukak album gambar yang waktu form5 dan letak di sini. :)
hehe. sekarang, semua pun da pergi belajar kat tempat lain2. tapi, selama mana, kita merasa pancaran matahari yang sama, selama itu ukhuwah kita berkekalan. :)

cukup untuk malam ini. ^^

#nasaie(adik lelaki) inform yang paper addmath dia susah. paper physics pulak senang. aisshhhh.., untungla orang yang terror physics. =='

Monday, 21 November 2011

semester baru. semangat baru.

assalamualaikum.
semoga dalam lindungan ALLAH S.W.T. sentiasa. :)

da masuk semester 2 da. cepat betul masa berlalu. hmm. tapi tak mengapa. oleh sebab semester baru jadi siapkan diri kita dengan azam yang baru. ececeyh. hehe.

semester ini, jadual kelasnya tidak la begitu 'kelas awal pagi'. kalau sem lepas, setiap hari pukul 8.30pg. memang kena keluar rumah pagi-pagi la. ala, sem ni pun ada je kelas 8.30pg tapi bukan la setiap hari. ok, punyalah excited kan nak pegi kelas, kelas pukul 10.30, tapi keluar rumah pukul 9.30. melawat kawasan la katakan. haha. haa.... sem nih lab instructor bukan miss lizayati dah. da tukar lab instructor lain. agak sayu juga. walaupun miss liza lab instructor yg garang+strict+jarang.senyum.tapi.bila.senyum.comel.sangat.., kami2 sayang miss. :')


credit to: ummulwaqiah.
 p/s:grupB5girls+missLiza=mmg gorgeous! :)

 hehe. rindu betul dengan kawan2 satu grup. bak kata someone tuh, sebulan tak jumpa lah katakan. :D

kelas hari ini yang sepatutnya agak pack, telah berjaya di'loose'kan.., kerana kelas BEL xde. hehe. jadi banyak masa free. nak lunch dekat food court PSB, tade geng. last2, call rumet tersempoi, Zubaidah Amran, ajak lunch sama-sama dekat Raff. T.T kena naik tangga. ala, yang 286 anak tangga untuk sampai ke atas tuh.tape la. xkan nak makan sorang2 kat food court PSB tuh. sampai dekat Raff, berlaku sesuatu yang tidak diingini. lama jugak la Zubaidah tunggu. maaf ye rumet, saya xsangka jadi begini. pesanan untuk hari ini: jangan nak gatal skip breakfast! bak kata MILO, champions are made in breakfast. hehe.

ade klas semula pukul 2.30. jadi turun la semula ke bangunan akademik. klas tutorial nih kat bangunan fakulti sains kesihatan. kalau xtahu, memang sesat la weyh. haha.

hmm. itu sahaja. :)

#tergamam tengok seorang lecturemate itu mendedahkan mahkotanya. :O semoga Allah turunkan cahaya hidayahNya kepada kawan itu. semoga dia kembali ke jalan sebenar.

#boleh dengar orang bersorak tengok bola. xpasti apa keputusannya sekarang. yang pasti, dekat Raff ramai sangat budak lelaki, dan itulah punca diriku ini x pegi tengok bola.

#hmm. da lama juga perkara yang tidak diingini tuh x berlaku. paling last masa darjah2. konklusinya, mmg sarapan itu satu keperluan yer kawan2.

Tuesday, 15 November 2011

ada apa dengan nama?

assalamualaikum.
moga dalam rahmat ALLAH sentiasa. :)

kenapa tiba-tiba gambar baby nih kan?? hehe. :)
masa kita dalam perut ibu lagi, ibu dan ayah dah fikirkan nama untuk kita. excited betul nak carikan nama untuk baby mereka.
siap reserve lagi satu nama lelaki, satu nama perempuan. mana la tahu kan, waktu scan, baby girl, tetiba keluar baby boy. hehe. atau tiba-tiba twins pulak. haa sudah. terkezutan dlm kegembiraan.

ada apa dgn nama yer sebenarnya?
nama yg cantik tuh bukan untuk dipuji apatah lagi melambangkan status sesebuah keluarga tuh, tetapi menjadi satu ibadah yg dpt memberikan pahala. :)


nama juga sebagai satu doa. sbb setiap perkataan yg keluar dari mulut kitakan satu doa. :)
sebagai contoh. Anis maksudnya Teman Setia. jadi, setiap kali insan lain sebut nama Anis, maka mereka mendoakan Anis ini menjadi teman setia. hehe. :)

nak tahu tak? kasih sayang ibu dan ayah itu memang sentiasa mengiringi langkah kita. kerana kasih sayang la mereka bagi kita nama yg cantik2 dan sedap2. dan itu sebenarnya harapan mereka terhadap kita. contohnya, klu ada perkataan 'ad-din' dlm nama kita, tuh maksudnya ayah dan ibu berharap kita berbakti pd agama.
tapi, klu tade perkataan 'ad-din' jgn la kata yang mereka xnak kita berbakti pd agama. ok, logik sikit yer.

  
Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.
Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
nama nih bukan atas dunia je taw, sampai di akhirat kelak, ALLAH S.W.T akan panggil nama kita seperti yg digelar di dunia.
lagi satu, xelok klu kita gelar org lain dgn nama yg dia xsuka. contoh la kan, nama dia amirah, kita panggil dia mirot. dia xsuka nama tuh. xrasa bersalah ke? berdosa atau x, itu kerja ALLAH, tapi secara logiknya, kita marah jugak kan kalau orang lain panggil nama yang kita tak suka. fikir dulu yer sebelum buat sesuatu. :)

# suka nama 'Ibtisam'. :)

#next week da start kuliah semula. excited! hehe. tp ada lecture time malam. erm, perlukan ketabahan yang jitu.

~saya hanya hamba yang mencari keredhaan Tuhan saya ^^

Tuesday, 8 November 2011

salam aidiladha.

assalamualaikum.
moga dalam rahmat ALLAH sentiasa. :)

selamat hari raya aidiladha. erm, hari raya aidiladha ini disambut pd 10,11,12 dan 13 zulhijjah. jd, kiranya beraya 4hari la. klu aidilfitri, disambut pd 1syawal. 2 syawal tuh, da boleh puasa semula, jd raya hnya 1hari.
biasa la tuh, mungkin sbb aidiladha lebih kpd ibadah korban dan haji, jd, kurg meriah klu nk banding dgn ibadah puasa. :)

owh, tahun nih excited sikit sbb last year raya kat skola n tade pape sgt. this year raya kat kampung, jd seronok sikit. hehe. mlm raya tuh, boleh pulak tertinggal satu tugasan dan akhirnya terpaksa dibereskan tgh mlm tuh jugak. tugasan yg dimaksudkan: menyental bilik ayaq. baru faham apa yg dimaksudkan dgn 'kotoran degil'. ==' sental punya sental, xsedar da nak dekat pkl 1pg dah.., akhirnya, siap juga. namun, mata tidak ada keinginan utk tido,jd, berchatting la sampai pg. pkl 3.30 pg. dan......, kena bgn semula pkl6. kerana nk siap2 balik kg la. kampung dekat je.., pekan, pahang. hee. :D

after sembahyang raya, pegi kubur allahyarham aki dgn tok. terasa rindu pula pd mereka berdua. :') owh...., oleh sbb aki dgn tok dah xde, jd, kami2 berkumpul kat umah ayah anjang. semua kaum keluarga pulak tuh. erm.., mak teh je yg tade, sbb ad program kat kg pak teh. n of coz la mak ndak bidah pun xjoin sbb beliau menjadi tetamu ALLAH pd musim haji kali ini.

yg excited klu korban mestilah tgk org sembelih. akan tetapi, ibadah korban itu tidak dpt dilaksanakan di rumah ayah anjang, so, golongan yg tidak berpeluang cam kami2 nih hnya dpt tgk lembu yg sudah dilapah dagingnya.
nih part yg excited., hehe. :)
after solat zohor, pegi la usha geng2 yg kat bwh tgh hiris2 daging tuh kan, dan terasa seperti mereka perlukan bantuan. akhirnya, berjaya diterima kerja sebagai 'tukang timbang daging' dgn baju kurung! rasa bangga kejap. hee. :D
excited la, sbb baju kurung, timbang daging. haha.
nak dekat pukul 4 jugak la siap sume2 tuh, 4ekor lembu ok. sakit pinggang..... tp puas. hehe.

uishh.., bdn belengas. air pulak tade. slow je. mmg sedih betul. da la tuh, beraya smpi mlm la katakan. sampai mlm la ada kat umah ayah anjang tuh. ada solat berjemaah n tahlil kemudiannya. dan ada la juga makan2 sikit. pukul 11mlm la jugak sampai kat rumah.
ok tuh je... :)

#untuk korban kali ini, ayah ngah yg sembelihkan, i just wonder, if org tua xde, sape yg nak jd tukang sembelih? nk harap budak muda, mkn je reti. hehe. kutuk pemuda2 plak., xbaik betul.

#waktu solat berjemaah, yg jadi imam ialah suami2 kpd sepupu taw. bagus betul la cucu2 allahyarham haji yaacob ni cari calon suami, semuanya beriman dan boleh menjadi imam. wah, kan best klu menantu sulung encik mohd abduh nnt, boleh jd imam klu solat berjemaah dgn family besar. hehe. :) (impian yg insyaALLAH jd kenyataan. hee.)- x senonoh betul. =='

#selamat berjaya kepada adik2 yg bakal menduduki peperiksaan SPM. jawab sepenuh hati. jgn pernah ada keraguan pada ALLAH. DIA la Maha Pembantu. tawakkal. :)

Friday, 4 November 2011

kehendak dan keperluan.

assalamualaikum.
semoga dalam rahmat ALLAH S.W.T. sentiasa. :)

alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen di muka bumi ini menggunakan hidung. :) kadang2, kita terlupa nk ucapkan syukur atas kurniaan hidung kan?


ihsan google image. hee :)
setiap yg terjadi pasti ad kepentingannya untuk sesuatu. sama la mcm hidung kan. jgn la merungut kalau hidung x mancung ke, hidung penyek ke, tuh kan ciptaan ALLAH. sekurang-kurangnya masih ad hidung.

bukan semua yang kita nak, kita dapat. mungkin terjadi pd anak org kaya. tpi, cuba fikir, klu anak org kaya tuh nk makan mi soto, then, org gaji dia x jumpa satu kedai mi soto pun dekat kawasan tuh, adakah anak org kaya tuh dpt mkn mi soto yg dia nak tuh?? ad logik kan? :)

semuanya atas sifat pengasih DIA kan. kita sebagai hamba, perlu percaya. bukan perlu, mesti, kena, wajib percaya.
 erm, ad satu kisah yg ingin dikongsi. kisah ni pun dgr dlm ceramah ustaz kazim elias. :)

pada suatu masa, puteri Rasulullah, Saiyidatina Fatimah, sarat mengandung. lantas, beliau menyatakan hasratnya untuk makan buah epal kepada suaminya yang tercinta, Saidina Ali karamallahu wajhah. Saidina Ali bukan seorang yg senang, jd, agak keberatan untuk menunaikan hasrat isterinya. namun, kerana kasih sayangnya kepada Fatimah, maka Ali mencari juga sedikit duit untuk belikan Fatimah buah epal tuh. sampai di pasar, hanya sebiji epal sahaja yg Ali mampu beli dgn duit yang dia bawa. syukur Alhamdulillah.
akan tetapi, dlm perjalanan pulang ke rumah. Ali berjumpa dgn seorang pengemis yg minta diberikannya sedikit makanan. lalu, Ali berikan separuh dari epal tuh kepada pengemis itu. syukur Alhamdulillah, masih ad separuh epal untuk Fatimah.
namun, selepas itu, Ali bertemu lg dgn seorang pengemis dan minta diberikan makanan juga. Ali berikan separuh lg epal itu. jd, tiada apa yg tinggal buat Fatimah.
sampai di rumah, Fatimah bertanyakan tentang epal itu. Ali membalas dgn rse kasihan kpd Fatimah bahawa epal itu sudah disedekahkn kpd pengemis di pasar.
Fatimah menjawab dgn respon yg ceria., tidak mengapa. saat kanda keluar ke pasar tadi, ad org telah dtg dan mengirimkan sebakul buah epal kepada kita.

pengajaran dr kisah ini:
  1. Saidina Ali xkisah pun untuk bersedekah, sbb sedekah amal jariah tuh kan saham akhirat. agaknya, kita ad x mcm Saidina Ali? apa yg kita buat di dunia untuk naikkan saham akhirat kita yer? 
  2. Saidina percaya kpd ALLAH. beliau yakin, ALLAH pasti berikan sesuatu yg lebih baik atas apa yg yg dikorbankan kerana ALLAH. hasilnya, sebakul buah epal yg diperoleh drpd sebiji epal tuh. :)
  3. kerana nma kasih dan sayang, Saidina Ali tetap berusaha mencari duit untuk memenuhi impian Saidatina Fatimah. agaknya, klu kita, apa yang kita buat demi org yg kita syg? maksudnya, kasih sayang yg bersandarkan kpd kasih syg ALLAH. apa yg kita buat demi ibubapa kita, demi kwn2 kita, demi masyarakat kita n demi ummah ini?  ermmm.., fikir2. :)
#result ok walaupun xdpt 4rata. :)

#belajar mmg susah, klu xsusah itu bukan belajar.:)

#ilmu itu dari ALLAH. ia ibarat cahaya. cahaya ilmu ALLAH xkan masuk dlm diri insan yg melakukan maksiat. jd, macam mane nk dpt ilmu klu buat maksiat?? caranya, hentikan perbuatan maksiat.

# mood nk blajar menjd berkobar-kobar, harapnya ia akan trus berkobar. :D

Tuesday, 1 November 2011

kerenah adik: suatu hari nanti.

assalamualaikum.
semoga dlm rahmat ALLAH sentiasa. :)

adik yg bongsu, nmanya MUHAMMAD TARMIZIE BIN HAJI MOHD ABDUH.
meh nk tunjuk gambar..

adik. :)
adik nih byk sgt idea nya. mungkin la kan sbb lahir zaman teknologi tinggi kan. umur baru 4 tahun, da tahu nk search games kat google.
oleh sbb mengada sgt, jd sebagai kakak sulung, sedap2 ati je la nk gelar adik kan. hehe. (ok, jgn ikut, perbuatan menggelarkan org dgn nma yg org tuh xsuka bukan satu perkara yg sopan.)
pastuh, td, sje nk kacau budak kecik nih tgk kartun. tgk ape yg dia respon....

anissyafiqah(AS): adik gemok!
adiktarmizie(AT): along gemok!
AS: adik tgk citer ape nih?
AT: senyap la along, sy nk tgk citer nih.
AS: citer ape nih? xbest pun.
AT: bestt..., ada lelaki kacak.
AS: kacak?? haha. (sambil fikir, bila masa dia belajar sebut word 'kacak' tuh)
       adik kacak ke??
AT: erm.., sy xtaw lg sy kacak ke x..
AS: hahaha. (tergelak bila dgr respon tuh!)
       bila adik boleh taw??
AT: erm, satu hari nanti! (jwb dgn yakin, smpi xsedar kartun yg dia tgk tuh da abes)
AS: hahahahahahha.(gelak+terkesima! style betul jwpn tuh!)
       along rse adik nih comel la.
AT: sy xcomel! along jgn pnggil sy comel, klu x....., sy bertukar jd humangasour(watak alien dlm ben10)

haha. macam2 adik nih. boleh pulak cam tuh kan. :)

#rindu nya zaman budak2 dlu. xpenah kesah langsung pasal homework, assignment, exam, result exam. :)

#cuti sem1 hanya berbaki 20 hari sahaja lagi. =='

#result release jumaat nih. cuak.