moga dalam rahmat ALLAH sentiasa. :)
kenapa tiba-tiba gambar baby nih kan?? hehe. :)
masa kita dalam perut ibu lagi, ibu dan ayah dah fikirkan nama untuk kita. excited betul nak carikan nama untuk baby mereka.
siap reserve lagi satu nama lelaki, satu nama perempuan. mana la tahu kan, waktu scan, baby girl, tetiba keluar baby boy. hehe. atau tiba-tiba twins pulak. haa sudah. terkezutan dlm kegembiraan.
ada apa dgn nama yer sebenarnya?
nama yg cantik tuh bukan untuk dipuji apatah lagi melambangkan status sesebuah keluarga tuh, tetapi menjadi satu ibadah yg dpt memberikan pahala. :)
nama juga sebagai satu doa. sbb setiap perkataan yg keluar dari mulut kitakan satu doa. :)
sebagai contoh. Anis maksudnya Teman Setia. jadi, setiap kali insan lain sebut nama Anis, maka mereka mendoakan Anis ini menjadi teman setia. hehe. :)
nak tahu tak? kasih sayang ibu dan ayah itu memang sentiasa mengiringi langkah kita. kerana kasih sayang la mereka bagi kita nama yg cantik2 dan sedap2. dan itu sebenarnya harapan mereka terhadap kita. contohnya, klu ada perkataan 'ad-din' dlm nama kita, tuh maksudnya ayah dan ibu berharap kita berbakti pd agama.
tapi, klu tade perkataan 'ad-din' jgn la kata yang mereka xnak kita berbakti pd agama. ok, logik sikit yer.
nama nih bukan atas dunia je taw, sampai di akhirat kelak, ALLAH S.W.T akan panggil nama kita seperti yg digelar di dunia.Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
lagi satu, xelok klu kita gelar org lain dgn nama yg dia xsuka. contoh la kan, nama dia amirah, kita panggil dia mirot. dia xsuka nama tuh. xrasa bersalah ke? berdosa atau x, itu kerja ALLAH, tapi secara logiknya, kita marah jugak kan kalau orang lain panggil nama yang kita tak suka. fikir dulu yer sebelum buat sesuatu. :)
# suka nama 'Ibtisam'. :)
#next week da start kuliah semula. excited! hehe. tp ada lecture time malam. erm, perlukan ketabahan yang jitu.
~saya hanya hamba yang mencari keredhaan Tuhan saya ^^

No comments:
Post a Comment