Friday, 4 November 2011

kehendak dan keperluan.

assalamualaikum.
semoga dalam rahmat ALLAH S.W.T. sentiasa. :)

alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen di muka bumi ini menggunakan hidung. :) kadang2, kita terlupa nk ucapkan syukur atas kurniaan hidung kan?


ihsan google image. hee :)
setiap yg terjadi pasti ad kepentingannya untuk sesuatu. sama la mcm hidung kan. jgn la merungut kalau hidung x mancung ke, hidung penyek ke, tuh kan ciptaan ALLAH. sekurang-kurangnya masih ad hidung.

bukan semua yang kita nak, kita dapat. mungkin terjadi pd anak org kaya. tpi, cuba fikir, klu anak org kaya tuh nk makan mi soto, then, org gaji dia x jumpa satu kedai mi soto pun dekat kawasan tuh, adakah anak org kaya tuh dpt mkn mi soto yg dia nak tuh?? ad logik kan? :)

semuanya atas sifat pengasih DIA kan. kita sebagai hamba, perlu percaya. bukan perlu, mesti, kena, wajib percaya.
 erm, ad satu kisah yg ingin dikongsi. kisah ni pun dgr dlm ceramah ustaz kazim elias. :)

pada suatu masa, puteri Rasulullah, Saiyidatina Fatimah, sarat mengandung. lantas, beliau menyatakan hasratnya untuk makan buah epal kepada suaminya yang tercinta, Saidina Ali karamallahu wajhah. Saidina Ali bukan seorang yg senang, jd, agak keberatan untuk menunaikan hasrat isterinya. namun, kerana kasih sayangnya kepada Fatimah, maka Ali mencari juga sedikit duit untuk belikan Fatimah buah epal tuh. sampai di pasar, hanya sebiji epal sahaja yg Ali mampu beli dgn duit yang dia bawa. syukur Alhamdulillah.
akan tetapi, dlm perjalanan pulang ke rumah. Ali berjumpa dgn seorang pengemis yg minta diberikannya sedikit makanan. lalu, Ali berikan separuh dari epal tuh kepada pengemis itu. syukur Alhamdulillah, masih ad separuh epal untuk Fatimah.
namun, selepas itu, Ali bertemu lg dgn seorang pengemis dan minta diberikan makanan juga. Ali berikan separuh lg epal itu. jd, tiada apa yg tinggal buat Fatimah.
sampai di rumah, Fatimah bertanyakan tentang epal itu. Ali membalas dgn rse kasihan kpd Fatimah bahawa epal itu sudah disedekahkn kpd pengemis di pasar.
Fatimah menjawab dgn respon yg ceria., tidak mengapa. saat kanda keluar ke pasar tadi, ad org telah dtg dan mengirimkan sebakul buah epal kepada kita.

pengajaran dr kisah ini:
  1. Saidina Ali xkisah pun untuk bersedekah, sbb sedekah amal jariah tuh kan saham akhirat. agaknya, kita ad x mcm Saidina Ali? apa yg kita buat di dunia untuk naikkan saham akhirat kita yer? 
  2. Saidina percaya kpd ALLAH. beliau yakin, ALLAH pasti berikan sesuatu yg lebih baik atas apa yg yg dikorbankan kerana ALLAH. hasilnya, sebakul buah epal yg diperoleh drpd sebiji epal tuh. :)
  3. kerana nma kasih dan sayang, Saidina Ali tetap berusaha mencari duit untuk memenuhi impian Saidatina Fatimah. agaknya, klu kita, apa yang kita buat demi org yg kita syg? maksudnya, kasih sayang yg bersandarkan kpd kasih syg ALLAH. apa yg kita buat demi ibubapa kita, demi kwn2 kita, demi masyarakat kita n demi ummah ini?  ermmm.., fikir2. :)
#result ok walaupun xdpt 4rata. :)

#belajar mmg susah, klu xsusah itu bukan belajar.:)

#ilmu itu dari ALLAH. ia ibarat cahaya. cahaya ilmu ALLAH xkan masuk dlm diri insan yg melakukan maksiat. jd, macam mane nk dpt ilmu klu buat maksiat?? caranya, hentikan perbuatan maksiat.

# mood nk blajar menjd berkobar-kobar, harapnya ia akan trus berkobar. :D

No comments:

Post a Comment