dah lama sungguh x update blog. hal ini demikian kerana, sibuk dengan study. sekarang tak sibuk dgn study ke? hehe. da hampir kemuncak sem2 asasi sains uitm puncak alam. final exam tinggal satu paper lg. yakni paper CTU. erm lebih kurang macam tasawwur islam la.
final exam so far, ok. kecuali paper chemistry pagi tadi. tak tahu kenapa sulit sgt nak jawab paper tuh. sbb mereka2 yg disekeliling tadi, tgk mcm dapat jawab dgn mudah je. tapi tapelah. benda dah lepas. tawakkal je la. :D

macam2 perkara yang berlaku sepanjang semester2 ni. yang pasti, ia akan tetap menjadi kenangan. ada seorang kawan cakap. 'manusia akan mati, tetapi bukan kenangan. selama mana seseorang itu hidup, kenangan pasti ada dalam hatinya, bila seseorang itu telah mati, kenangan itu akan tersimpan pada mereka yg bersamanya.'
agak sedih la jugak nak tinggalkan asasi. sejujurnya, rasa sangat bertuah bila dapat klasmet lelaki yang sangat baik. menghormati perempuan. klu ada yg xsuka pada pandangan, ditegur bukan diumpat. klasmet perempuan yang sangat rajin n suka membantu.
| aktiviti kelas ke penang. :D |
| ni gambar di Penang Hill. :) |
No comments:
Post a Comment