Assalamualaikum. :D
sudah 2013 ye kita.
umur pun makin bertambah. nmpaknya makin singkat la jangka hidup kita.
kiamat pun makin dekat.
jadi, jgn bazirkan masa usia kita. okayh. okayh. okayh.
memulakan tahun 2013 ni dgn peperiksaan akhir semester 1. huhu.
senang ckp, susah seyh. Anis da minta maaf awal2 da dgn ayah n ibu takut kalau2 result kurg okay.
Kimia mmg susah!
kenapa boleh dapat Kimia ni? sbb ALLAH da tentukan mcm tu.
kenapa boleh minat Kimia ni? ada jawapannya. ;) nnti Anis citer.
dah kenapa tajuk entry ni 'single is simple'?
pertama, mmg kita single pun. n single tu awesome! hoho. XD
okayh merepek.
sebenarnya, Anis gi KL sensorg hari tu. ingat senang ke ayah ngan ibu lepas nk gi KL sensorg? satu pencapaian hebat kot. dulu kan Anis kena gi ulang-alik ke KL sbb nk gi interview scholarship semua kan. ibu mmg xkan bgi gi sorg2. smpai ayah kena amik cuti nk teman Anis gi sana.
but, since da dok kat KL ni n da boleh jaga diri sendiri, jadi mereka cool je. (dlu pun boleh sebenarnya. :P)
ceritanya, kena balik kolej dulu sbb nk pulang kunci bilik. hari tu sebelum balik Kuantan, pepagi subuh da kluar dri kolej. hari Sabtu pulak tu. mana la pejabat kolej tu bukak. so, kena la buat kerja 2 3 kali an. aha. :D
n faktor utama kenapa ke KL ialah, nak pegi Konvensyen Fiqh Wanita & Islam. best kan bunyi nya? mmg sgt best. untuk anak2 gadis, belajar jadi isteri solehah. cececeh... well, kat konvensyen ni, byk sgt ilmu. nnti Anis citer kat entry seterusnya okayh. dis time, kita cuma nk cite psl perjalanan sepanjang 4hari di KL.
naik bas ke KL perjalanan jam 8pagi. 3jam je da smpai KL. mmg superb la bas Bulan Restu tu. bas kaler pink. cantik. :D
![]() |
| ni la bas nya. hee. :P |
kisah dalam teksi.
memula, pakcik teksi tu ingat kita nk pegi PPUM. nasib baik pakcik tu tanya semula. nak pegi UM pakcik, kolej9. pakcik pun okayh. n soalan wajib semua pakcik teksi klu ckp nk ke UM, 'amek kos ape dik?'. maka, bermulalah dialog. 'saya amek sains, pakcik' 'oh sains, sains fizik?' 'tak. sains kimia.' 'ohhh'.
pastu berlaku lebih byk perbualan tpi M nak tulis. hee. XD but, the point here, is, that pakcik teksi is science student before! yes. i'm quite surprised. walaupun ini kali ke2 jumpa pakcik teksi yg berborak psl science study dgn Anis. but this pakcik is different. he's quite knowledgable. n exactly, he knows many things. hmm. agak gembira. ye laaa, dri naik teksi dgn pakcik yg suka cerita pasal politik kan. terbukak sikit minda borak dgn pakcik yg minda sains ni. hehe. XD
habis kat situ. syukur alhamdulillah, sampai jugak kolej tepat pukul12 tengahari. great timing Anis! sampai trus gi makan. hehe. :D after zohor, trus siap2 nk ke Rawang with yanie n alin. but before tu, hntar kunci la kan. itu la motif utama balik semula kan. lepas hantar kunci bilik n check-out, boleh pulak pegi mkn cendol kat seblah KFC tu. idea yanie la tu. hee. bukan apa. panas kot time tu. da alang2 kluar, pi la pekena cendoi sat. da selesai benda2 tu semua, kitorg tunggu encik bas, dan menuju ke stesen lrt U semula. kali ni nak gi KL sentral naik KTM pulak.
kisah dalam KTM.
nak jadikan cerita, kitorg boleh pulak masuk gerabak KTM yg last sekali. yakni, utk umum. mmg da tahu KTM ada koc yg khas utk wanita, tpi sbb jauh sgt, xmampu nk kejar. masuk la kat koc yg umum tu. n pastinya semua lelaki. depa dok pndang pelik ja kat kami. ==' awat? kami ni pelik sgt ka? tapela. bersabar je la dgn ujian. nasib baik xbyk sgt bangla. n ada seat. jadi boleh duduk. since our destination in Rawang, which is the last station, boleh la nk tido2 an. tapi, kerana sudah dilatih utk tidak tidur dlm kenderaan awam, maka Anis pun xtido la. so, mcm biasa. observing people la. hehe. :D
sampai kat stesen Kuala Lumpur, ada seorang akak pregnant dgn 2org anak dia masuk. so, chinese guy who sit beside me give his place to her. oleh sbb bosan kan dlm ktm tu, Anis bukak la game kt fon. tetiba, akak tu usha dri belakang n tegur Anis. hoho. 'eh dik, cane nak maen tu?' 'oh, kena susun blok2 ni jadi bentuk 4segi yg kaler kelabu ni.' game tu agak mencabar fikiran taw. kena susun. pastu taleh pusing dia punya bentuk tu. then, akak tu pun tegur lagi sekali. 'dik, taleh ubah ke bentuk tu.' 'xleh kak, klu xdpt masuk, kena susun semula' akak tu xpuas hati. dia suruh touch blok tu, dia nk tgk boleh pusing ke x bentuk tu. ==' tapi xpe, sebagai warganegara yg bersopan santun, Anis ikut je la. aha. 'eh, haah la. mmg xleh ye dik. kena fikir byk la nak main game ni.' Anis senyum je la. akak tu sambung lagi. 'dik, kenapa gmbr2 kt fon tu boleh bergerak bila sentuh dgn jari je? cuba sentuh dgn kad tu, gerak tak'. :O mmg xgerak. bila sentuh dgn jari baru boleh. akak tu beritahu yg bwh skrin fon tu ada magnet n ion2 yg ada pd kulit manusia je boleh interaksi dgn magnet tu. (well, remember, dlm bdn manusia ada caj2 eletrik? :D) masa akak tu cite, mmg terkejut. buat kali keduanya pd hari Jumaat yg mulia. akak tu tanya. 'adik ni skolah tingkatan berapa?' 'eh, saya da masuk U da akak, UM.' then, akak tu nasihat la, da alang2, masuk universiti tu, biar belajar smpi habis. sampai peringkat tertinggi. belajar kena fokus(nasihat yg sama mcm ayah n ibu pesan, hari sebelum tu). bila da fokus, belajar pun ada tujuan, bukan la sekadar ikut je. org belajar, kita belajar. klu mcm tu, senang kecundang. n a few current issues, yg melibatkan student IPT sekarang. akak tu dari gaya pemakaiannya, seperti seorg surirumah biasa. n dia naik ktm sbb nak bwk anak2 dia gi jenjalan. seorg ibu yg hebat. :)
n i learnt many things from her. apart of the new info she told me, she actually makes me think that bukan semua orang diberi nikmat belajar hingga ke peringkat tinggi. n sepatutnya rasa syukur kita yg dilimpahi byk nikmat ni lebih byk dri org yg xdpt nikmat mcm kita. ;')
hmm. nampaknya, ALLAH beri kita pengajaran di mana2 kan? klu xbersyukur jugak, xtahu la kat mana nk letak muka yg xberapa nk cantik ni. (peringatan utk diri sendri)
K-Fiqh Wanita & Islam.
i'll share the ilmu in the next entry ya. :D sbb sgt byk.
n i would like to share something here.
kenapa minat Kimia? :) sejujurnya, Anis minat Kimia sebab Kimia tu fav subjek seorg kawan. n i name him Potassium Iodide. yes. it's him. lelaki. somehow, waktu kami berkawan dlu, he's my booster. i cant deny it. mmg Anis suka Kimia sbb dia. masa buat pilihan kursus UPU dlu, i put chemistry UM as my 2nd choice. because my 1st choice is always math which is i put actuarial science. math is my passion. :) mungkin kerana faktor ramai sgt yg nak kos tu, jadi, pihak UM amek student 4rata je.
walaupun Anis dan encik itu da tade pape time tu, Anis buat keputusan yg begitu. i choose chemistry. :)
sejujurnya, ikhlas dari hati. lepas da tade pape dgn dia, Anis amek masa 8bulan utk move on. i beg a new heart from ALLAH S.W.T. lama sgt utk dpt hati yg baru. hati yg dlu da hancur berkecai-kecai. agak2 klu hati ni kaca, da tahap jadi glas wool agaknya. hee. XD n now ALLAH bagi satu hati yg baru, yg sgt baru. lebih baik dari yg dlu. lebih kental. dan lebih baik, insyaALLAH.(doakan ya kawan2. :))
but i never blamed him or even myself. 2tahun berkawan. n i am very happy to know him. from him, i get lots of awesome friends. encik sodium, encik tungsten, encik zirconium. cik nitrogen. cik niobium. hmm. sgt bersyukur. kawan2 ni sgt hebat. segala yg berlaku, pasti ada hikmah. klu xjumpa ionized salt tu at the first place, mana mungkin dpt kwn dgn org2 yg best mcm tu kan? n he makes me be more confident. more stronger. dia jugak yg buat rasa cinta pd keluarga bertambah. dan dia jugak yg buat Anis sayangkan ayah lebih dri dulu. sbb kasih sayang pd ayah tu dpt pahala kan. :')
ALLAH MAHA BERKUASA. rasa syukur xterhingga pd ALLAH. sbb dipertemukan dgn org mcm tu.
doa untuk kesejahteraan dia, dipanjatkan sentiasa. semoga dia n keluarga sentiasa dipelihara. :)
kalaulah encik itu membaca, semoga awak sihat ya. :)
doakan saya menjadi insan yg solehah.
n i learnt many things from u. thank u so much.
sekian sahaja utk kali ni ye.
Anis sambung tulis pasal K-Fiqh Wanita & Islam jap lgi.
(tapi xtahu la bila nk post. hehe. XD)

No comments:
Post a Comment