assalamualaikum.
moga dalam rahmat ALLAH sentiasa. :)
selamat hari raya aidiladha. erm, hari raya aidiladha ini disambut pd 10,11,12 dan 13 zulhijjah. jd, kiranya beraya 4hari la. klu aidilfitri, disambut pd 1syawal. 2 syawal tuh, da boleh puasa semula, jd raya hnya 1hari.
biasa la tuh, mungkin sbb aidiladha lebih kpd ibadah korban dan haji, jd, kurg meriah klu nk banding dgn ibadah puasa. :)
owh, tahun nih excited sikit sbb last year raya kat skola n tade pape sgt. this year raya kat kampung, jd seronok sikit. hehe. mlm raya tuh, boleh pulak tertinggal satu tugasan dan akhirnya terpaksa dibereskan tgh mlm tuh jugak. tugasan yg dimaksudkan: menyental bilik ayaq. baru faham apa yg dimaksudkan dgn 'kotoran degil'. ==' sental punya sental, xsedar da nak dekat pkl 1pg dah.., akhirnya, siap juga. namun, mata tidak ada keinginan utk tido,jd, berchatting la sampai pg. pkl 3.30 pg. dan......, kena bgn semula pkl6. kerana nk siap2 balik kg la. kampung dekat je.., pekan, pahang. hee. :D
after sembahyang raya, pegi kubur allahyarham aki dgn tok. terasa rindu pula pd mereka berdua. :') owh...., oleh sbb aki dgn tok dah xde, jd, kami2 berkumpul kat umah ayah anjang. semua kaum keluarga pulak tuh. erm.., mak teh je yg tade, sbb ad program kat kg pak teh. n of coz la mak ndak bidah pun xjoin sbb beliau menjadi tetamu ALLAH pd musim haji kali ini.
yg excited klu korban mestilah tgk org sembelih. akan tetapi, ibadah korban itu tidak dpt dilaksanakan di rumah ayah anjang, so, golongan yg tidak berpeluang cam kami2 nih hnya dpt tgk lembu yg sudah dilapah dagingnya.
nih part yg excited., hehe. :)
after solat zohor, pegi la usha geng2 yg kat bwh tgh hiris2 daging tuh kan, dan terasa seperti mereka perlukan bantuan. akhirnya, berjaya diterima kerja sebagai 'tukang timbang daging' dgn baju kurung! rasa bangga kejap. hee. :D
excited la, sbb baju kurung, timbang daging. haha.
nak dekat pukul 4 jugak la siap sume2 tuh, 4ekor lembu ok. sakit pinggang..... tp puas. hehe.
uishh.., bdn belengas. air pulak tade. slow je. mmg sedih betul. da la tuh, beraya smpi mlm la katakan. sampai mlm la ada kat umah ayah anjang tuh. ada solat berjemaah n tahlil kemudiannya. dan ada la juga makan2 sikit. pukul 11mlm la jugak sampai kat rumah.
ok tuh je... :)
#untuk korban kali ini, ayah ngah yg sembelihkan, i just wonder, if org tua xde, sape yg nak jd tukang sembelih? nk harap budak muda, mkn je reti. hehe. kutuk pemuda2 plak., xbaik betul.
#waktu solat berjemaah, yg jadi imam ialah suami2 kpd sepupu taw. bagus betul la cucu2 allahyarham haji yaacob ni cari calon suami, semuanya beriman dan boleh menjadi imam. wah, kan best klu menantu sulung encik mohd abduh nnt, boleh jd imam klu solat berjemaah dgn family besar. hehe. :) (impian yg insyaALLAH jd kenyataan. hee.)- x senonoh betul. =='
#selamat berjaya kepada adik2 yg bakal menduduki peperiksaan SPM. jawab sepenuh hati. jgn pernah ada keraguan pada ALLAH. DIA la Maha Pembantu. tawakkal. :)